fbpx

‘Abang Viva’ teruskan misi bantu mangsa banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abang Viva terus melakukan kerja amalnya di Melaka.

PETALING JAYA – Semangat dan kecekalan demi membantu mangsa-mangsa banjir membuatkan ‘abang viva’ meneruskan misi bantuan banjir ke negeri Melaka.

‘Abang Viva’ atau nama sebenarnya Azwan Omar, 30, memberitahu, kini dia berada di Taman Merdeka, Melaka bagi membantu mangsa-mangsa yang terkesan di kawasan tersebut.

“Saya sudah berada di sini sejak pagi semalam bagi meneruskan misi bantuan mangsa-mangsa banjir.

“Setakat hari ini, segala proses berjalan dengan lancar dibantu oleh pasukan keselamatan. Air juga surut dan bot juga tidak boleh nak masuk, jadi saya akan bersiap sedia jika ada perlukan bantuan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Jelas Azwan, dia bercadang meneruskan misi bantuan ke tempat lain jika keadaan mengizinkan.

“Jika ada rezeki dan keadaan mengizinkan saya akan meneruskan misi ini ke beberapa tempat yang terjejas teruk seperi di Selatan negara atau Pantai Timur.

“Apa pun saya akan selesaikan misi bantuan di kampung halaman saya dahulu,” ujarnya.

‘Abang Viva’ sebelum ini mencuri perhatian rakyat Malaysia berikutan semangat dipamerkannya untuk membantu mangsa banjir di Selangor meskipun hanya berbekalkan wang saku sebanyak RM50. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI