fbpx

Kelebihan MySJ Trace di MySejahtera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MySj Trace dan Dr. Mahesh Appannan

PETALING JAYA – Seorang individu membuat perkongsian di laman sosial Twitter berkenaan MySejahtera yang dilengkapi ciri baharu iaitu MySJ Trace bagi membolehkan pengesanan kontak rapat dibuat secara lebih sistematik.

Ketua Data Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), Dr. Mahesh Appannan menjelaskan persoalan mengapa ada “interaction” walaupun individu hanya duduk di rumah sahaja? adakah MySJ Trace mendedahkan data seseorang bila ada “interaction”? dan mengapa masih perlu check-in dengan scan QR?

“Disebabkan signal bluetooth boleh dikesan hingga 10 meter kemungkinan telefon bimbit sedang mengesan jiran termasuk di tingkat atas, bawah dan unit sebelah di pangsapuri.

“Namun, ini tidak bermaksud anda terus menjadi kontak kasual kerana algoritma mengambil kira kekuatan signal. Ini juga sebab jumlah interaksi mungkin berbeza antara anda dan suami/keluarga walaupun keluar sama-sama,” katanya dalam ciapan di Twitter.

Seterusnya, MySJ Trace tidak akan mendedahkan data seseorang apabila ada interaksi.

Jika seseorang itu tidak dijangkiti Covid-19, datanya tidak akan dimuatnaik serta dipadamkan lepas 14 hari dan jika seseorang itu dijangkiti Covid-19, sekiranya kebenaran tidak diberi, data “interaction” yang disimpan di telefon tidak akan dimuatnaik.

“Sistem MySJ Trace mementingkan aspek keperibadian maklumat ia tidak memerlukan apa-apa usaha pengguna kecuali aktifkan MySJ Trace,” katanya.

Oleh itu pihak KKM juga memerlukan data untuk melakukan pengesanan kontak secara pantas, terutamanya jika melibatkan potensi kluster besar.

“Gabungan MySJ Trace dan check-in membolehkan pengesanan kontak secara automatik dengan cara yang memastikan keperibadian data, di samping menjana data yang kritikal untuk pasukan kesihatan awam di KKM,

“Parameter yang diguna untuk mengklasifikasi orang sebagai kontak sentiasa diperhalusi supaya ketepatannya setinggi mungkin,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI