fbpx

47 individu leka berhibur dikompaun RM47,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian individu yang ditahan ketika leka berhibur di sebuah premis di Jalan Loke Yew tengah malam tadi.

PETALING JAYA – Keseronokan 47 individu berhibur di sebuah pusat hiburan di Jalan Loke Yew terbantut apabila premis tersebut diserbu pihak polis tengah malam tadi.

Serbuan kira-kira pukul 12.30 tengah malam itu berjaya menahan 44 orang warga tempatan dan tiga warga asing terdiri daripada 42 lelaki dan lima wanita berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, kesemua individu berkenaan juga telah dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 setiap seorang kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Beliau berkata, jumlah keseluruhan kompaun sebanyak RM47,000 dan tindakan itu dibuat mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) Pelan Pemulihan Negara (PPN) 2021.

“Hasil ujian saringan awal air kencing yang dilakukan ke atas 47 individu terbabit mendapati 39 daripadanya positif dadah amphetamine dan methamphetamine.

“Kesemua yang positif itu kini direman antara dua hingga empat hari bermula hari ini untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Noor Dellhan berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan aktiviti dadah dan jenayah di daerah ini digesa melaporkan segera ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di talian 03-26002222, Hotline Polis Kuala Lumpur 03-221159999 atau mana-mana balai polis berhampiran.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI