fbpx

Urusan permohonan Pas Khas warga asing dilanjutkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Warga asing. -Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) hari ini memaklumkan tentang pelanjutan urusan permohonan Pas Khas buat warga asing yang terkandas di Malaysia susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, urusan permohonan Pas Khas itu melibatkan warga asing pemegang Pas Lawatan Sosial (PLS) dan Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang yang terkandas atau tinggal lebih masa mulai 1 Februari 2020.

“Bagi pemegang PLS, tempoh permohonan Pas Khas dilanjutkan sehingga 31 Januari 2022 manakala bagi pemegang PLS Jangka Panjang pula, tempoh permohonan pas berkenaan dilanjutkan sehingga 30 Jun 2022.

“Urusan permohonan Pas Khas dan pembaharuan PLS Jangka Panjang boleh dilaksanakan di Kaunter Bahagian Visa, Pas dan Permit di semua cawangan Pejabat Imigresen Negeri,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, urusan pembaharuan PLS Jangka Panjang Pasangan kepada warganegara boleh dilakukan secara dalam talian menerusi sistem ePLSI.

“Maklumat lanjut berhubung perkata ini boleh didapati dengan melayari laman web JIM di pautan www.imi.gov.my,” ujar beliau. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI