fbpx

‘Saya tidak akan berhenti sehingga banjir selesai’ – Abang Viva

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azwan Omar

PETALING JAYA – Selepas hampir dua minggu menjalankan misi membantu mangsa banjir di Selangor dan Pahang, ‘Abang Viva’ kini sudah berada di Melaka untuk membantu negeri kelahirannya itu yang dilihat semakin parah dilanda banjir.

Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar, 29, berkata, walaupun bergerak di atas inisiatif sendiri, dia akan meneruskan misinya untuk membantu mangsa banjir lebih-lebih lagi di kampung halamannya sendiri.

“Saya akan lihat kawasan di Melaka yang paling teruk terjejas dan akan terus ke sana untuk menggerakkan misi bantuan.

“Banjir kali ini seperti tidak akan habis, dari satu ke satu tempat dan saya tidak akan berhenti selagi banjir tidak selesai,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Abang Viva kini meneruskan misi membantu mangsa banjir di Melaka.

Dalam pada itu, katanya, menerima sijil penghargaan Adiwira Prihatin Musibah oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) baru-baru ini turut membuatkan dirinya semakin bersemangat untuk turun membantu.

“Saya anggap ini dukungan buat saya untuk terus menjalankan tanggungjawab untuk membantu orang lain.

“Walaupun saya tidak dibayar, bagi saya yang paling penting adalah nyawa dan kita perlu saling bantu-membantu kerana kita tidak tahu nasib yang mugkin menimpa kita suatu hari nanti,” jelasnya.

Terdahulu, Azwan menjadi perhatian ramai kerana datang dari Melaka untuk membantu penduduk yang terjejas di Shah Alam sehingga digelar ‘wira banjir’. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI