fbpx

[VIDEO] Eva nafi sudah berpisah dengan Abang Viva

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Eva nafi sudah berpisah dengan suaminya dan enggan memperbesarkan isu tersebut.

PETALING JAYA – Isteri kepada sukarelawan, Azwan Omar, Eva Noza Zakaria menafikan dakwaan kononnya dia dan suami yang lebih dikenali sebagai ‘Abang Viva’ telah berpisah.

Eva tampil menjelaskan situasi tersebut menerusi perkongsian video di TikTok miliknya semalam.

Menurut Eva, khabar angin itu mula berbangkit selepas tular laporan berita dari sebuah portal bertajuk ‘Abang Viva dah berpisah? Abang Viva muat naik status buat netizen tertanya-tanya’.

“Assalamualaikum, berkenaan dengan orang yang muat naik berita sebenarnya sudah lama, cuma tak tahu kenapa sampai hari ini orang masih tanya benda yang sama.

“Rasanya mulanya benda ini nampak kecil tapi diharap orang yang mengeluarkan cerita ini sedar akan kesahihan setiap cerita yang dikeluarkan,” katanya.

Menurut Eva, dia dan suami enggan memperbesarkan isu tersebut dan mengingatkan pihak terlibat supaya berhenti menyebarkan berita yang tidak benar serta meminta untuk diturunkan laporan berkenaan.

“Tak perlulah benda kecil nak saman sebab Eva berasa mungkin salah faham dan keduanya, ia petikan daripada sesetengah blog atau page (laman).

“Eva malas besarkan cerita, Eva harap sangat mereka yang ‘post’ berkenaan ‘story’ tak benar ini, sila turunkan ‘posting’ anda sebelum orang lain salah faham, sebelum fitnah ini berleluasa,” pesannya.

Terdahulu, Abang Viva dan Eva selamat diijabkabulkan pada 14 Oktober tahun lalu. – KOSMO! ONLINE.

@evanoza_ Ni adalah penjelasan pertama & terakhir eva utk story ni ya 🙏🏻 Eva tak nak dikaitkan dgn perkara yg tidak berfaedah… eva ada ank2 utk d jaga hati dan emosi mereka…eva ada bawa nama brand tertentu yg bekerjasama dgn eva dan semestinya maruah keluar kedua belah pihak🙏🏻 Salam manis dan salam ukhwah utk semua❤️ #statement #viral #pressconference #pc ♬ original sound – Evanoza_

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI