fbpx

Abang Viva mengaku silap teruskan kahwin walau ibu bapa tak restu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azwan atau dikenali sebagai Abang Viva menjelaskan dakwaan bahawa dia telah bernikah tanpa pengetahuan kedua ibu bapanya.

MELAKA – ‘Abang Viva’ atau nama sebenarnya, Azwan Omar, 30, menafikan dakwaan tidak mengundang kedua ibu bapa dan keluarganya ke majlis pernikahannya pada 14 Oktober lalu.

Azwan dalam satu siaran langsung Facebook Live dibuatnya malam tadi menjelaskan dia telah beberapa kali memaklumkan hasratnya untuk berkahwin kepada ibu dan ayahnya.

“Saya dan isteri Evanoza Zakaria memang telah buat (bernikah) secara senyap tetapi bukanlah tanpa pengetahuan ibu dan ayah seperti yang diceritakan (didakwa).

“Pada 13 Oktober lalu mak saya sendiri ada memberikan nota mengucapkan tahniah, ayah saya dah bagitahu tiga kali, ibu pula lima dengan kali terakhir pada 12 Oktober, cuma mereka tidak bersetuju dengan calon yang saya pilih,” katanya.

Katanya, dia bagaimanapun mengaku telah melakukan kesilapan apabila meneruskan pernikahan dengan gadis pilihan hatinya.

Tambahnya, majlis itu yang dijadualkan berlangsung pada Disember itu juga dipercepatkan selepas mengambil kira faktor cuaca dan misi-misi bantuan yang mungkin perlu diberikan kepada mangsa banjir.

“Macam saya pergi ke Baling, Kedah hari tu pun saya pergi awal manakala isteri saya datang kemudian, so dekat sana sudah jadi satu isu. Saya tak nak menimbulkan fitnah dan salah faham daripada orang.

“So kami ambil keputusan untuk kahwin awal dan majlis akan dibuat pada penghujung tahun, bulan Disember.

Katanya, selepas majlis itu dia juga ada menghantar pesanan melalui WhatsApp dan menghantar beberapa keping gambar serta klip video pernikahan.

Jelasnya lagi, dia tidak mahu mengulas lanjut mengenai isu tersebut atau membuka aib mana-mana pihak, sebaliknya hanya ingin membetulkan kenyataan atau dakwaan dilemparkan segelintir pihak.

Semalam, Kosmo! melaporkan Azwan Omar atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Abang Viva’ didakwa tidak mengundang kedua ibu bapa dan keluarganya ke majlis perkahwinannya.

Menerusi perkongsian oleh Fauziyah Omar di akaun Facebook miliknya yang dipercayai kakak kepada Abang Viva mendakwa adiknya itu telah bertunang dan berkahwin dengan pilihan hatinya tanpa pengetahuan mereka sekeluarga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI