fbpx

Abang Viva bergerak ke Hulu Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azwan meneruskan misi bantuan di kawasan terjejas di Pantai Timur. FOTO/ FACEBOOK

MELAKA – Sukarelawan, Azwan Omar yang terkenal dengan jolokan ‘Abang Viva’ telah bergerak ke Hulu Terengganu untuk melaksanakan misi bantuan bencana banjir.

Azwan, 30, berkata, dia bertolak ke Terengganu semalam dengan menaiki pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton dan akan meneruskan misi bantuan di kawasan terjejas di Pantai Timur.

Jelasnya, bantuan awal telah diberikan kepada penduduk di Hulu Terengganu yang kini terjejas teruk selepas rata-rata kawasan telah dinaiki air.

“Saya dan pasukan sukarelawan akan terus menjalankan misi di Hulu Terengganu ini memandangkan pergerakan kami untuk ke tempat lain juga agak terbatas kerana banyak kawasan telah dinaiki air.

“Bantuan dapat diberikan kepada penduduk melalui kerjasama pasukan bomba yang giat melakukan misi menyelamat di Hulu Terengganu dan Kuala Berang,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Tambahnya, selepas ini pasukan sukarelawannya, Pertubuhan Gerakan Kebajikan Abang V-Va akan meneruskan misi bantuan menyelamat di Kelantan.

“Keadaan di sana juga semakin buruk, namun kami masih belum dapat bergerak kerana banyak laluan-laluan utama telah dinaiki air banjir.

“Jika cuaca hujan berterusan, memang agak mencabar misi sukarelawan ini kerana air akan menjadi semakin deras dan dalam,” katanya.

Kata Azwan, selain misi memindahkan mangsa bencana, kumpulan sukarelawannya turut memberikan kit bantuan merangkumi makanan dan barangan kebersihan diri menggunakan dana sumbangan orang ramai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI