fbpx

Banjir: Zakat Selangor buka permohonan bantuan Fasa 2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Banjir di Shah Alam baru-baru ini. -Gambar hiasan

SHAH ALAM – Permohonan Fasa 2 Bantuan Lembaga Zakat Selangor (LZS) Peduli dibuka kepada mangsa-masa banjir di negeri ini.

LZS berkata, permohonan bantuan tersebut dibuka bermula 1 Januari hingga 31 Januari ini.

“Bagi melancarkan proses permohonan Fasa 2 ini, para pemohon yang budiman diingatkan agar tidak memuat naik gambar atau dokumen yang tidak berkaitan.

“Kami memohon kerjasama semua agar klik butang ‘Sahkan Permohonan’ setelah selesai melengkapkan butiran dan dokumen lampiran,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook rasminya hari ini.

Sebelum ini, LZS menerima lebih 30,000 permohonan daripada mangsa banjir sehingga minggu lalu.

Daripada jumlah berkenaan, hanya 14,500 permohonan yang diluluskan bagi mendapatkan bantuan segera RM600, manakala baki selebihnya belum diluluskan susulan gagal memberikan dokumen yang lengkap kepada LZS. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI