fbpx

Banjir: 50 peratus sampah di Klang, Taman Sri Muda selesai dikutip

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Faizal (duduk, dua kiri) dan Mohd. Fakhrulrazi (berdiri kiri) ketika meninjau penyerahan sumbangan mangsa banjir di Dewan MPK Meru, di sini.

KLANG – Lebih 50 peratus sampah pasca banjir di daerah ini dan Taman Sri Muda, Shah Alam selesai dikutip setakat ini.

Kutipan sampah itu dilakukan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan KDEB Waste Management (KDEBWM).

Pegawai Daerah Klang, Mohd. Faizal Abdul Raji berkata, operasi kutipan dan pembersihan itu masih giat dilaksanakan secara berperingkat sehingga kini.

Katanya, semua kutipan sampah berkenaan dibawa ke tapak buangan dan pelupusan di Jeram, Kuala Selangor.

“Sampah di semua lokasi banjir di Klang dan Taman Sri Muda yang berada di bawah pentadbiran Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Klang sudah 50 peratus dikutip.

“Kita menjangkakan kutipan itu dijangka selesai sepenuhnya dalam tempoh dua minggu lagi,” katanya ketika ditemui selepas menyerahkan bantuan kepada mangsa banjir yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Mohd. Fakhrulrazi Mohd. Mokhtar di Dewan MPK Meru di sini, malam tadi.

Tambah Mohd. Faizal, semua penduduk diminta terus bersabar dan tidak melakukan pembakaran terbuka sehingga menyebabkan pencemaran. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI