fbpx

Kes rogol remaja, suka sama suka di Kota Bharu meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Rahim (tiga dari kanan) beramah mesra dengan pegawai polis selepas Majlis Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Kes rogol suka sama suka melibatkan pasangan remaja di daerah ini didapati meningkat sebanyak 46 peratus berbanding tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, kes rogol melibatkan pasangan remaja di Kota Bharu mencatatkan sebanyak 28 kes pada tahun ini berbanding 15 kes pada tahun lalu.

Menurutnya, siasatan mendapati, kebanyakan daripada pasangan yang terlibat dalam kes rogol bawah umur merupakan remaja berusia 16 tahun.

“Perkenalan melalui media sosial dipercayai menjadi punca peningkatan kes rogol membabitkan remaja yang berusia seawal 16 tahun di daerah ini.

“Kebanyakan mangsa dipercayai bertemu buat kali pertama sehingga mereka berani melakukan hubungan seks tanpa pengetahuan ahli keluarga masing-masing,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu di sini hari ini.

Menurut Abdul Rahim, perbuatan pasangan terbabit terbongkar apabila mangsa disahkan mengandung.

Ujarnya, remaja yang menjadi mangsa rogol bukan sahaja dari daerah ini malah ada yang datang dari daerah lain semata-mata untuk berjumpa selepas berkenalan dalam media sosial.

“Ada pasangan yang sudah kenal lama dan tidak kurang pula ada yang baru berkenalan sebelum terus terlanjur semasa pertemuan pertama.

“Berdasarkan laporan ibu bapa, remaja perempuan akan mengikut teman lelaki yang baru dikenali sehingga ke rumah sebelum berlaku perbuatan yang tidak bermoral,” katanya. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI