fbpx

Banjir: jengkaut diperlukan untuk bersih sampah di Taman Sri Muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramli (kiri) ketika meninjau kerja-kerja pembersihan pasca banjir di Taman Sri Muda, Seksyen 25, dekat sini hari ini.

SHAH ALAM – KDEB Waste Management (KDEBWM) memohon pemilik lori jenis Roll On Roll Off (RORO), jengkaut serta lori 10 hingga 20 tan bagi membantu kerja-kerja pembersihan pasca banjir di Taman Sri Muda, Seksyen 25, di sini.

Pengarah Urusannya, Ramli Mohd. Tahir berkata, kerja-kerja pembersihan di kawasan Taman Sri Muda setakat ini baharu mencapai 35 peratus dengan pihaknya menjangkakan purata antara lima hingga 10 peratus kerja-kerja pembersihan boleh dilakukan pada setiap hari.

Katanya, bagaimanapun setakat ini hanya sejumlah 90 lori jenis Roll On Roll Off (RORO) dan lebih 400 pekerja pembersihan digerakkan di Taman Sri Muda bagi kerja pembersihan pasca banjir.

“Di Taman Sri Muda sendiri ada 9,071 kediaman dan 179 kilang dan agak mustahil bagi kita untuk menempatkan satu tong RORO pada setiap rumah kerana KDEBWM sendiri hanya mempunyai 2,200 tong sahaja.

“Bagaimanapun, kami berusaha keras bagi memastikan sampah-sampah ini dikeluarkan dalam kadar segera dan anda sendiri boleh lihat bagaimana kami mengeluarkan sampah dari depan rumah dan meletakkan di empat pusat transit sementara di sini sebelum lori 40 tan kita menghantarnya ke Stesen Pemindahan Sisa Pepejal Seksyen 21, di sini dan Tapak Pelupusan Sanitari Jeram, Kuala Selangor,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut beliau, pasukan telah bekerja sehingga tengah malam bagi memastikan kerja-kerja mengeluarkan sampah dari hadapan rumah penduduk dapat dilakukan dengan cepat sejak Taman Sri Muda boleh dimasuki pada 25 Disember lalu.

“Untuk makluman, pembersihan di kawasan Taman Sri Muda telah bermula pada 25 Disember lalu selepas keadaan banjir mula surut dan laluan jalan telah dibuka bagi jentera-jentera pembersihan dan kutipan.

“Sehingga semalam, sejumlah 3,292 tan sampah pasca banjir telah dikutip dengan jumlah keseluruhan 22,000 tan sampah sepanjang sembilan hari operasi pembersihan pasca banjir dijalankan di Selangor dan bagi kawasan Taman Sri Muda sendiri, kira-kira 5,000 tan sampah telah dibawa keluar setakat ini,” ujarnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI