fbpx
Bon ikat jamin terhadap wanita itu ditetapkan sebanyak AS$2 juta (RM8.37 juta). - Zee News Network

Wanita guna pedang tikam kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MISSOURI – Seorang wanita di Missouri, Amerika Syarikat ditangkap kerana membunuh teman lelakinya dengan menggunakan sebilah pedang pada malam menjelang Hari Krismas, lapor laman berita Wion News semalam.

Brittany Wilson, 32, ditemui di luar rumah teman lelakinya dengan pakaian berlumuran darah pada malam hari kejadian, kata polis. 

Wanita itu dilaporkan memberitahu polis bahawa dia telah membunuh teman lelakinya, Harrison Stephen Foster, 34, yang ditemui dengan beberapa kesan tikaman pada badannya. 

Motif pembunuhan masih belum diketahui. Wanita itu kini ditahan polis, manakala bon ikat jamin ditetapkan sebanyak AS$2 juta (RM8.37 juta). 

Brittany berdepan pertuduhan membunuh dengan niat dan perbuatan jenayah menggunakan senjata.

Menurut beberapa laporan, wanita itu sendiri yang menghubungi polis selepas pukul 11 malam (waktu tempatan) pada Jumaat lepas. Apabila anggota-anggota polis memasuki kediaman tersebut, mereka mendapati teman lelakinya sudah tidak bernyawa. – Agensi

POPULAR