fbpx

Wanita bersalin dalam banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan keadaan seorang wanita melahirkan anak dalam banjir.

PETALING JAYA – Tular sebuah video di media sosial memaparkan seorang wanita terpaksa melahirkan anaknya dalam banjir di sebuah rumah, semalam.

Perkongsian itu dimuat naik di laman sosial pengguna @tutynooamalina menunjukkan keadaan keluarganya yang cuba membantu, namun lokasi tidak dapat dikenal pasti.

Lebih menghibakan, dengan keadaan air pada paras leher, dapat didengari suara bayi menangis dan jeritan wanita meminta tolong.

Video berkenaan telah mendapat perhatian ramai kerana berasa simpati dengan situasi dihadapi oleh wanita tersebut.

“Bersalin di rumah dalam keadaan air banjir di paras yang membahayakan memang sesuatu yang sukar lebih-lebih lagi tanpa sebarang persediaan yang cukup,” kata Murni.

“Tak mampu menahan air mata, moga kalian semua sabar dan tabah dengan ujian Allah s.w.t.,” kata Norhayatie.

“Sedihnya, kuat bayi tu nangis, semoga selamat semuanya,” ujar Wawahida. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI