fbpx
Hasmah (kiri) menguruskan suaminya yang terlantar selepas diserang strok ketika ditemui di rumah pasangan itu di Kampung Kota Jembal, Kota Bharu semalam.

Pelakon filem P. Ramlee kena strok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Pelakon tambahan veteran dalam empat filem seniman agung, Tan Sri P. Ramlee kini terlantar selepas diserang strok di rumahnya di Kampung Kota Jembal di sini pada Sabtu lalu.

Keadaan itu menyebabkan badan bahagian kanan Abdul Kadir Mamat, 89, yang merupakan pelakon filem Alibaba Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok, 6 Jahanam dan Kanchan Tirana tidak boleh digerakkan.

Abdul Kadir atau lebih dikenali sebagai Pok Dir berkata, dia menyedari badannya tidak selesa semasa pulang ke rumah untuk makan selepas menjual bertih jagung di sekitar Kampung Kota Jembal pada Sabtu lalu.

Semasa duduk di kerusi, ke­d ua­-dua kaki warga emas itu tidak boleh digerakkan sebelum iste­rinya, Hasmah Yusof, 59, menghubungi pihak hospital.

“Saya ditempatkan di Hospital Raja Perempuan Zainab II selama tiga hari. Doktor mengesahkan saya menghidap strok ringan.

“Sebelum ini, saya menderita kanser prostat sejak 10 tahun lalu. Keadaan itu menyebabkan saya perlu membawa beg plastik ke mana sahaja kerana me­ngalami kesukaran membuang air kecil,” katanya ketika ditemui di rumahnya semalam.

Warga emas itu kini runsing kerana terpaksa bergantung de­ngan isterinya selain pendapatan terjejas jika dia tidak dapat berniaga bertih jagung.

“Saya memperoleh pendapatan RM15 sehari (jual bertih ja­gung). Saya juga terima bantuan bulanan RM400 daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,” ujarnya.

Kesihatan Pok Dir juga sema­kin merosot dan berat badannya turun kepada 47 kilogram sejak beberapa bulan lalu. Dia kini bergantung dengan pelbagai jenis ubat yang dibekalkan hospital untuk penyakit asma, kanser prostat dan strok.

“Saya sangat berharap dapat bergerak seperti biasa supaya dapat berniaga semula dan membantu penduduk membuat rondaan,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh berbuat demikian menerusi akaun Bank Simpanan Nasional bernombor 0301041000242503 atau menghubungi talian 010-532 3635.

POPULAR