fbpx

Tugu peringatan tragedi Tiananmen dialihkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pillar of Shame telah berada di kampus Universiti Hong Kong selama 24 tahun. – Getty

HONG KONG – Sebuah tugu peringatan peristiwa pembunuhan beramai-ramai di  Dataran Tiananmen, China pada tahun 1989, dialihkan selepas pihak berkuasa Hong Kong mendapat nasihat undang-undang, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC), hari ini.

Tugu berupa patung tembaga berukuran 8 meter dan terletak di Universiti Hong Kong itu dialihkan selepas pihak universiti mengeluarkan arahan mengenainya sejak Oktober lalu.

“Keputusan untuk mengalihkan patung itu dibuat berdasarkan nasihat undang-undang  dan penilaian risiko bagi kepentingan pihak universiti. 

“Kami juga bimbang akan isu keselamatan berisiko berlaku berpunca daripada patung  itu,” demikian menurut Universiti Hong Kong dalam satu kenyataan.

Patung digelar Pillar of Shame tersebut memaparkan ukiran beberapa wajah dan mayat sebagai memperingati penunjuk perasaan pro demokrasi yang dibunuh pihak berkuasa China di Dataran Tiananmen Square dalam kejadian tahun 1989 itu.

Ia merupakan satu daripada beberapa tugu peringatan awam berkaitan peristiwa di Beijing itu yang masih kekal di Hong Kong.

Dihasilkan oleh pengukir dari Denmark, Jens Galschiot, Pillar of Shame telah berada di kampus Universiti Hong Kong selama 24 tahun.

Pihak universiti berkata, patung tersebut kini akan disimpan di sebuah tempat penyimpanan. 

Tragedi  Dataran Tiananmen Square merupakan  topik yang menjadi pantang-larang di China dengan pemerintah mengharamkan sebarang pengiktirafan dibuat ke atas peristiwa pembunuhan beramai-ramai itu. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN