fbpx
Rina (kanan) beramah mesra dengan mangsa banjir ketika mengadakan lawatan ke PPS Kota Warisan di Sekolah Kebangsaan Kota Warisan, Sepang hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA

KPWKM tempatkan 1,200 kaunselor di PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG – Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah menggerakkan lebih 1,200 pegawai kaunselor di seluruh Pusat Penempatan Sementara (PSS) untuk memberikan bimbingan dari segi psikososial kepada mangsa banjir di Selangor dan Kuala Lumpur.

Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, pegawai-pegawai itu akan bertanggungjawab untuk membantu mangsa-mangsa yang bukan hanya kehilangan harta benda tetapi juga dari segi psikososial sejak Sabtu lalu.

Menurutnya, beliau telah mengarahkan pegawai kaunselor dari kementerian dan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk bertugas disetiap PPS di Selangor dan Kuala Lumpur.

“Mereka (mangsa) yang berada di PPS akan mendapatkan khidmat kaunselor yang telah kita gerakkan, kita memahami mangsa bukannya kehilangan harta benda sahaja tetapi dari segi psikososial yang memerlukan semangat.

“Emosi mangsa terganggu dan perlu dibantu, ini akan digerakkan dibawah Lembaga Kaunselor JKM,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan dan menyerahkan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Kota Warisan di sini hari ini.

Pada masa sama, Rina berkata, beliau sangat berpuas hati dengan fasiliti yang telah diberikan kepada mangsa-mangsa banjir di SK Kota Warisan.

“Seramai 503 mangsa banjir terdiri dari 130 keluarga telah ditempatkan dan saya lihat dari segi kelengkapan bantuan dan makanan serta keperluan peribadi macam lampin bayi dan warga emas mencukupi.

“Semua pihak memainkan peranan dari awal hingga akhir termasukanlah persatuan penduduk, ketua kampung, pertubuhan bukan Kerajaan dan agensi-agensi kerajaan yang menghulurkan bantuan,” ujarnya.- K! ONLINE

POPULAR