fbpx

2,446 pencarum Perkeso di Kelantan dijangkiti Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nora (berdiri, kanan) semasa hadir ke Karnival Kerja Peringkat Negeri Kelantan 2021 di sebuah kolej swasta di Lembah Sireh, Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kelantan menerima sebanyak 2,446 permohonan Skim Bencana Pekerjaan daripada pencarumnya yang dijangkiti Covid-19 di tempat kerja sepanjang tahun ini.

Pengarah Perkeso Kelantan, Nora Yaacob berkata, pemohon berkenaan merupakan pekerja yang dijangkiti Covid-19 selepas menjadi kontak rapat kepada rakan sekerja.

Menurutnya, kesemua pemohon dalam skim itu menerima bayaran faedah wang tunai sebanyak 80 peratus daripada jumlah gaji bulanan mereka sepanjang tempoh kuarantin.

“Pemohon boleh mengemukakan surat pengesahan kuarantin mereka sama ada di kuarantin di rumah, pusat kuarantin atau hospital.

“Pemohon yang layak dalam skim ini adalah pesakit Covid-19 yang merupakan pencarum Perkeso yang mendapat jangkitan Covid-19 dari tempat kerja dan bukan dari kontak rapat dalam kalangan ahli keluarga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa hadir pada Program Karnival Kerja Peringkat Negeri Kelantan 2021 di sebuah kolej swasta di Lembah Sireh di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Nora berkata, seramai 1,175 orang pencarum yang terjejas akibat Covid-19 telah menerima bantuan wang tunai sebanyak RM679,569.37 melalui faedah yang telah diluluskan dalam skim itu pada tahun ini.

“Daripada jumlah itu, seramai 37 orang telah meninggal dunia dalam tempoh permohonan itu dan mereka turut diberi Pencen Penakat yang dibayar kepada orang tanggungan yang layak apabila pihak pencarum,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI