fbpx

Cheng Hoe mahu ‘tutup buku’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KOGILESWARAN melakukan rembatan untuk menyumbat gol tunggal skuad Harimau Malaya ketika dimalukan Indonesia 1-4 pada aksi terakhir Kumpulan B, Piala AFF Suzuki di Stadium Nasional Singapura kelmarin. – AFP

KETUA jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mahu ‘tutup buku’ apabila menyaksikan pasukan melalui igauan ngeri selepas gagal mencapai sasaran dengan tersingkir seawal peringkat kumpulan saingan Piala AFF Suzuki 2020 kali ini.

Terdahulu, skuad negara ditunjukkan jalan keluar oleh seteru tradisi, Indonesia menerusi keputusan memalukan 1-4 pada aksi di Stadium Nasional, ­Singapura kelmarin, sekali gus gagal meloloskan diri ke peringkat separuh akhir.

Kata Cheng Hoe, barisan pemain sudah beraksi dengan baik pada awal saingan tetapi gagal meneruskan momentum selepas meraih gol pendahuluan apabila membiarkan pasukan lawan mengawal tempo permainan sekali gus mendominasi perlawanan.

“Kita beraksi dengan baik pada 15 minit pertama, tetapi gagal meneruskan rentak yang diharapkan apabila barisan benteng agak goyah, malah membuka ruang dan peluang buat pasukan lawan meledak gol sehingga keputusan menjadi 1-4.

“Tidak keterlaluan untuk saya katakan ketiadaan dua pertahanan tengah utama, Aidil Zafuan Abd. Radzak dan Shahrul Saad menjadi punca benteng pasukan agak rapuh pada aksi kali ini.

“Namun, kita harus akur dengan kekuatan pasukan lawan dan perlu lupakan kekalahan ini dan fokus untuk membuka lembaran baharu pada masa akan datang,” katanya selepas tamat perlawanan.

Mengulas lanjut, Cheng Hoe mengakui kekurangan persiapan yang rapi juga menjadi salah satu faktor pasukan gagal mencapai prestasi diharapkan selepas di­letakkan sasaran untuk sekurang-kurangnya mara ke final pada kejohanan edisi kali ini.

“Vietnam dan Indonesia telah melakukan persiapan rapi sebelum mengharungi kempen Piala AFF Suzuki kali ini dan mereka menterjemahkan usaha tersebut dengan lolos ke pusingan separuh akhir.

“Situasi berbeza dengan pasukan negara yang menjalani persiapan agak singkat. Saya harap keputusan ini memberi pengalaman berharga untuk pasukan agar lebih bersedia sebelum mengharungi kejohanan pada masa akan datang,” katanya.

Pada aksi kelmarin, pasukan negara meraih gol tunggal hasil ledakan Kogileswaran Raj pada minit ke-13 sebelum Indonesia bangkit meledak empat gol menerusi dua gol Irfan Jaya (m-36 dan m-42), Pratama Alif Rifai (m-49) dan Elkan Baggot (m-81).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI