fbpx

Ancelotti enggan salahkan pemain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAZARD yang diturunkan gagal membantu Real merobek gawang Cadiz apabila mereka sekadar terikat tanpa jaringan awal pagi semalam. – AFP

MADRID – Ketua jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti enggan menyalahkan barisan pemain selepas pasukan bergelut untuk melakar kemenangan selepas hanya meraih keputusan seri tanpa jaringan ketika bertemu kelab kerdil, Cadiz dalam aksi La Liga awal pagi semalam.

Kata Ancelotti, anak-anak buahnya telah memberikan yang terbaik sepanjang 90 minit perlawanan dengan mencipta banyak peluang untuk menjaringkan gol, tetapi gagal berbuat demikian kerana pertahanan lawan cemerlang untuk elak dibolosi.

“Barisan pemain telah meng­ikut arahan taktikal yang saya terapkan apabila kami mendominasi keseluruhan perlawanan, tetapi tidak tahu dimana silap­nya apabila jentera serangan agak tumpul selepas rentetan peluang gagal disudahkan de­ngan baik.

“Namun, saya tidak mahu salahkan mereka kerana usaha sudah dibuat.

“Nasib tetap tidak menyebelahi pasukan de­ngan benteng lawan turut kebal menjaga gawang daripada dibolosi dan pujian wajar diberikan kepada mereka.

“Apa yang penting, kami mengambil beberapa perkembangan positif seperti pasukan masih lagi mendahului carta liga ketika ini dan lebih mustahak untuk terus pandang ke depan ke­rana saingan masih lagi panjang,” katanya.

Sementara itu, Ancelotti turut memuji kelibat pemain sayap utama, Eden Hazard yang mula mempamerkan kualiti yang ada padanya, namun tidak bernasib baik apabila peluang yang dicipta serta sepakan dilakukan gagal menerjah jaring.

“Hazard sudah kembali cergas selepas hampir dua bulan dibelenggu kecederaan.

“Keha­dirannya tepat pada masanya dan kita boleh lihat, bagaimana dia membantu pasukan ini memberi kesukaran buat benteng pertahanan pasukan lawan pada aksi kali ini,” kata pe­ngendali dari Itali itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI