fbpx
Nik Muhammad Zawawi (kiri) melawat pengusaha ikan kering di Kampung Pantai Pachakan, Pasir Puteh hari ini. FOTO TOREK SULONG

Bangsal ikan ranap dipukul ombak besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH – Harapan tujuh pengusaha ikan kering Kampung Pantai Pachakan di sini untuk membaik pulih semula bangsal yang rosak tidak kesampaian apabila keseluruhan tempat memproseskan bahan tersebut musnah dihempas ombak besar malam tadi.

Ombak besar sehingga menghampiri jalan raya menyebabkan rangka bangsal yang merupaman tempat menjemur ikan dan 30 bot fiber milik mereka hanyut ke dalam laut.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, kejadian itu menyebabkan kesemua nelayan pantai dan pengusaha ikan kering yang meruoakan penduduk setempat hilang punca pendapatan ketika ini.

Menurutnya yang juga Ahli Parlimen Pasir Puteh berkata, kira-kira 100 nelayan bot kecil di kawasan penangkapan ikan Zon A telah menyimpan sampan mereka di kawasan yang lebih selamat sepanjang musim laut bergelora dengan tiupan angin kencang.

“Ia merupakan fenomena biasa yang dihadapi nelayan pantai setiap penghujung tahun. Ini termasuk kerosakan bangsal memproses ikan kering bermula 5 Disember lepas, namun pada tahun ini mereka kerugian besar apabila tempat mereka mencari rezeki dan sebahagian simennya hanyut ke tengah laut.

“Saya akan meminta pihak berkaitan untuk membuat kajian dan tindakan yang sesuai agar aktiviti ekonomi nelayan yang berdaftar di bawah Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) dapat berjalan semula selepas musim tengkujuh ini,” katanya. – K! ONLINE.

POPULAR