fbpx

Lebih 30,000 rumah penduduk ranap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH rumah rosak akibat dipukul Siklon Remal di bandar Kuakata, Bangladesh hari ini. – AFP

DHAKA – Angka korban akibat siklon yang melanda kawasan rendah di Bangladesh meningkat kepada sekurang-kurangnya 10 orang, manakala lebih 30,000 buah rumah musnah dan puluhan ribu lagi rosak, kata beberapa pegawai hari ini.

“Kebanyakan mangsa mati dihempap kediaman atau dinding runtuh,” kata pegawai pentadbir daerah Barisal, Showkat Ali di mana tujuh orang disahkan terkorban.

Tiga yang lain meninggal dunia di daerah yang berjiran dengan Barisal, manakala bakinya  akibat lemas.

Angin kencang dan ombak besar melanda pantai ketika Siklon Remal tiba di daratan semalam.

Menjelang petang ini, siklon itu lemah menjadi  ribut biasa  tetapi angin kuat dan hujan masih melanda kawasan pantai.

“Hujan lebat dibawa Remal  sedang melanda dan kelajuan angin juga tinggi,” tambah Showkat.

Di daerah Khulan pula, dua orang disahkan terkorban, kata pegawai tempatan, Helal Mahmud.

“Siklon ini telah merosakkan lebih 123,000 rumah di Khulan dengan kira-kira 31,000 kediaman rosak sepenuhnya,” kata Helal.

Dalam perkembangan sama, bekalan elektrik kepada 12.5 juta penduduk turut terputus.

“Kami akan menyambung semula bekalan elektrik selepas keadaan bertambah baik,” kata ketua jurutera Lembaga Elektrik Luar Bandar Bangladesh, Biswanath Sikder. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI