fbpx
KEADAAN kawasan dewan tempat penganjuran Anugerah Drama Sangat 2021 yang dimasuki air sebentar tadi.

WTCKL dilanda banjir, Anugerah Drama Sangat tergendala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Acara hiburan anjuran TV3, Anugerah Drama Sangat (ADS) yang bersiaran secara langsung dari World Trade Cenrte KL (WTCKL) terpaksa ditangguhkan disebabkan bencana banjir di kawasan tersebut yang semakin memburuk.

Gergasi media yang menaungi stesen televisyen tersebut, Media Prima menerusi satu kenyataan memaklumkan perkara tersebut sebentar tadi.

“Pihak pengurusan Media Prima memohon maaf atas penangguhan Anugerah Drama Sangat 2021.

“Penangguhan ini disebabkan oleh bencana banjir yang melanda World Trade Centre KL, tempat anugerah ini berlangsung,” ujar kenyataan tersebut.

Disebabkan bencana alam yang tidak terduga tersebut, baki penyampaian anugerah bagi lima kategori lagi akan diumumkan esok dalam program hiburan hujung minggu, Melodi.

“Anugerah Drama Popular, Anugerah Pesona Bintang, Anugerah Pengarah Terbaik, Anugerah Drama Terbaik dan Anugerah Khas Barisan Pelakon Terbaik Drama akan diumumkan dalam Melodi secara langsung pada hari Ahad pukul 12 tengahari, 19 Disember (esok).

“Pihak kami akan berkongsi pautan untuk siaran langsung tersebut dengan rakan-rakan media,” menurut kenyataan terbabit lagi.

ADS dianjurkan buat julung kalinya dan bersiaran langsung dari WTCKL.

Majlis anugerah yang dikendalikan oleh pelakon Nabila Huda dan Ain Edruce tersebut disiarkan menerusi stesen televisyen TV3.

Keadaan banjir di ibu negara semakin memburuk apabila hujan tidak berhenti membasahi bandar metropolitan tersebut dan kawasan sekitarnya sejak semalam. – K! ONLINE

POPULAR