fbpx

PRN Sarawak: Pewaris Tok Nan menang bergaya di DUN Tanjung Datu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azizul

KUCHING- Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Azizul Annuar Adenan menang bergaya di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Datu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak hari ini.

Azizul juga merupakan anak kepada bekas Ketua Menteri Sarawak, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem berjaya memperoleh undi sebanyak 5,423 sekali gus mengalahkan tiga calon lain.

Calon Bebas, Cikgu Talip hanya memperoleh 261 undi; calon Parti Sarawak Bersatu (PSB), Jery’in Fauzi sebanyak 921 manakala calon Parti Bumi Kenyalang (PBK), Goem Anak Pijar dengan undian sebanyak 226.

Kemenangan Azizul disifatkan sebagai menyambung legasi kepimpinan ayahnya yang sebelum ini telah menabur bakti kepada penduduk di Tanjung Datu. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI