fbpx

PRN Sarawak: Peratusan keluar mengundi catat 60.67 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada pengundi beratur bagi menunaikan tanggungjawab pada PRN Sarawak semalam.

KUCHING- Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang berlangsung semalam mencatatkan sebanyak 60.67 peratus berbanding 70 peratus pada edisi sebelum ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, peratusan itu melibatkan seramai 759,627 pengundi yang telah menunaikan tanggungjawab masing-masing pada PRN kali ini.

“Pada PRN ke-12 kali ini, seramai 759,627 orang atau 60.67 peratus telah keluar mengundi. Jumlah tersebut meliputi jumlah pengundi biasa, pengundi awal dan pengundi pos yang telah mengundi,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Pada PRN kali ini, seramai 1,252,014 pengundi layak mengundi melibatkan 1,228,858 pengundi biasa selain 12,585 anggota tentera dan pasangan, anggota polis dan pasangan (10,458) serta pengundi tidak hadir luar negara (113).

Sebanyak 1,866 pusat mengundi biasa dibuka semalam melibatkan 3,555 saluran dengan dikendalikan oleh 46,565 petugas SPR. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI