fbpx

PRN Sarawak: Kerusi DUN Mulu milik GPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUCHING – Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus berdiri kukuh sebagai sebuah kerajaan baharu di Bumi Kenyalang selepas berjaya memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mulu sebentar tadi.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh selepas proses pengiraan undi di kerusi tersebut selesai.

“SPR ingin memaklumkan peti undi bagi kerusi DUN Mulu telah selamat diterima hari ini iaitu 19 Disember 2021.

“Kerusi DUN Mulu telah dimenangi oleh calon GPS, Datuk Gerawat Gala dengan jumlah undi sebanyak 3,371 dan majoriti 2,875,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Keputusan terbaru itu sekali gus memberi kemenangan besar-besaran kepada GPS apabila berjaya menguasai sebanyak 76 daripada 82 kerusi DUN di Sarawak.

Pengumuman keputusan pengundian di DUN Mulu terpaksa dilewatkan semalam berikutan masalah cuaca dan jaringan pengangkutan di kawasan tersebut. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI