fbpx

Parti Taylor Swift jadi ‘super spreader’ Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Acara anjuran peminat Taylor Swift itu dihadiri oleh kira-kira 600 tetamu. - superficialparty/Instagram

SYDNEY – Lebih 100 tetamu yang menghadiri parti bertema penyanyi terkenal, Taylor Swift, pada Jumaat lalu disahkan positif Covid-19, lapor akhbar New York Post  semalam.

Acara yang diadakan bagi meraikan keluaran album ‘Red’ itu bertukar menjadi ‘super spreader’ bagi jangkitan tersebut.

Tetamu yang masih belum disahkan keadaan kesihatan mereka bahkan turut diarahkan untuk menjalani kuarantin kendiri.

Menurut laporan, parti tersebut merupakan acara anjuran peminat penyanyi lagu ‘Blank Space’ itu bagi meraikan keluaran semula album Red   tanpa dihadiri oleh Swift sendiri. Album itu pertama kali diterbitkan pada 2012.

Bagaimanapun, virus Covid-19 menular dengan pantas dalam  acara itu sekali gus menjadikan kira-kira 600 tetamu yang hadir berisiko dijangkiti.

“Individu yang menghadiri majlis ‘On Repeat: Taylor Swift Red Party’ di Metro Theatre, Sydney, pada 10 Disember lalu merupakan kontak rapat. Anda perlu membuat ujian saringan dan menjalani kuarantin selama tujuh hari.

“Berkemungkinan turut terdapat beberapa kes yang melibatkan varian Omicron,” demikian menurut pengumuman yang dikeluarkan oleh Perkhidmatan Kesihatan New South Wales (NSWH).

Tambah pengumuman sama, mereka yang enggan mematuhi arahan itu akan berdepan dengan denda yang dinaikkan kepada AS$5,000 (RM21,095) daripada AS$1,000 (RM4,219) bagi individu dan AS$10,000 (RM42,189) daripada AS$5,000 (RM21,095) bagi syarikat. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI