fbpx

Indonesia gusar magis kaki kiri Safawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAFAWI (kanan) memiliki kelebihan rembatan kaki kiri yang menjadi senjata utama Harimau Malaya pada pertemuan menentang Indonesia malam esok. – FB FAM

SEKALI pun berbangga dengan transformasi yang dilakukan jurulatih mereka, Shin Tae Yong, Indonesia masih belum senang duduk mengenang kemam­puan penggempur negara, Safawi Rashid yang memiliki magis pada kaki kirinya.

Pada kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023, 19 November 2019, bintang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu meledak dua gol untuk memastikan kemenangan 2-0 Harimau Malaya ke atas Indonesia.

Malah, prestasi semasa Safawi pada kempen Piala AFF Suzuki kali ini juga turut menghadirkan rasa gerun kepada peminat Indonesia termasuk dalam kalangan media di negara itu.

“Safawi bukan hanya berstatus penjaring gol terbanyak Piala AFF 2020 (ketika ini) bersama Teerasil Dangda dengan empat gol, penyerang 24 tahun itu juga (pernah) menjadi pemain yang merosakkan pertahanan Indonesia ketika kedua-dua pasukan bertemu.

“(Ketika itu) Malaysia me­ngalahkan Indonesia pada Kelayakan Piala Dunia 2022, 19 November 2019, Safawi menjaringkan dua gol kemenangan Harimau Malaya.

“Kaki kiri merupakan senjata Safawi yang harus Indonesia waspada. Ketajaman kaki kiri Safawi sudah dirasai Indonesia dan telah dibuktikan pada Piala AFF 2020 kali ini,” menurut laporan CNN Indonesia.

Tiga daripada empat gol yang dihasilkan Safawi pada kempen kali ini adalah terhasil menerusi kaki kirinya.

Pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 sebelum ini, skuad negara memastikan dua kemenangan ke atas Indoneisa iaitu 3-2 pada perlawanan pertama di Jakarta dan 2-0 di Bukit Jalil.

Dalam laporan berasingan, CNN Indonesia juga memainkan sentimen Malaysia lebih beruntung memiliki tempoh rehat le­bih lama berbanding mereka.

Ini kerana, kali terakhir Malaysia bermain adalah pada Ahad lalu dan memiliki persiapan kira-kira seminggu, berbanding Indonesia yang dihimpit keletihan menentang Vietnam, Rabu lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI