fbpx

Bayaran BKC Fasa 3 Isnin ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Bayaran Bantuan Khas Covid-19 (BKC) Fasa 3 berjumlah RM300 yang melibatkan peruntukan sebanyak RM1.2 bilion kepada 3.8 juta penerima isi rumah kategori miskin dan B40 akan dibuat pada 20 Disember ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembayaran Fasa 1 dan Fasa 2 BKC telah diselesaikan pada September dan November lalu melibatkan peruntukan sebanyak RM3.4 bilion untuk hampir 10 juta penerima.

“Semakan status kelulusan BKC, maklumat lanjut dan nilai bantuan yang diterima boleh disemak melalui portal BKC iaitu https://bkc.hasil.gov.my.

“Dengan pembayaran ini, lengkaplah nilai bantuan dibawah BKC berjumlah RM4.6 bilion dan menzahirkan komitmen kerajaan dalam memastikan pembayaran BKC ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban rakyat yang masih terkesan akibat pandemik Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menerusi maklumat pembayaran BKC Fasa 3, pembayaran akan terus dikreditkan ke dalam akaun bank bagi penerima yang memilikinya manakala mereka yang tiada akaun bank, pembayaran akan dibuat melalui cawangan Bank Simpanan Nasional.

Tambah beliau, kerajaan sentiasa komited dalam memastikan bantuan yang disediakan itu menjamin kesejahteraan Keluarga Malaysia. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI