fbpx

Banjir: Lima laluan sekitar Sepang ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video di media sosial yang memaparkan keadaan persimpangan Kota Warisan menuju ke KLIA yang dinaiki air.

SEPANG – Lima laluan di daerah ini terpaksa ditutup sementara waktu untuk semua kenderaan selepas mula dinaiki air sejak pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, ia termasuk Jalan Labu lanjut ke Taman Dataran Abadi, Jalan Kota Warisan ke Bandar Baru Salak Tinggi dan Jalan Bukit Changgang ke Bandar Baru Salak Tinggi.

Beliau berkata, laluan lain adalah Jalan Salak ke Sepang (Pekan Salak Lama) dan Jalan Kampung Ginching (hadapan Masjid Kampung Ginching).

“Kami juga ingin memaklumkan bahawa Jalan Kota Warisan ke Bandar Baru Salak Tinggi (jalan baru ke Mahkamah Sepang) turut dinaiki air tapi masih boleh dilalui kenderaan ringan.

“Laluan kontra dibuka di laluan itu memandangkan sebelah kiri jalan sahaja yang dinaiki air,” katanya.

Ujar beliau, beberapa lokasi di daerah berkenaan mula dinaiki air sejak petang semalam susulan hujan lebat yang menyebabkan air Sungai Langat melimpah.

Ia termasuk di Bandar Baru Salak Tinggi, Pekan Salak, Dengkil dan beberapa lokasi lain yang turut menjejaskan beberapa kawasan perumahan. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI