fbpx

Sidang akhbar Nana buatkan kisah ‘Live IG” 5 sekawan jadi viral

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Nordiana.

KUALA LUMPUR – Penyanyi Siti Nordiana Alias mengakui bahawa sidang akhbar bersama wartawan berhubung siaran langsung Instagram (Live IG) yang dibuat lima individu termasuk Lan Solo dan Syura yang didakwa memfitnah dirinya telah membuatkan kes itu menjadi lebih viral.

Siti Nordiana atau Nana, 37, mengakui perkara itu selepas disoal peguam defendan Nurul Hafidzah Hassan mengenai jumlah rating selepas sidang akhbar yang dibuat secara dalam talian itu pada 23 Julai lalu.

“Berdasarkan sidang akhbar itu barulah perkara tersebut (Live IG) menjadi viral pada 23 Julai lalu, betul?,” soal peguam itu, Siti Nordiana kemudian menjawab ‘betul’.

Pada masa sama, selebriti itu turut bersetuju dengan cadangan soalan peguam yang mengatakan bahawa Live IG tersebut tidak menjadi viral ketika ia dibuat oleh defendan-defendan pada 20 Julai lalu.

Lan Solo (kanan sekali) bersama Syura (tengah) dan tiga lagi turut hadir di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Terdahulu Siti Nordiana berkata, dia membuat sidang akhbar tersebut, selepas melihat satu akaun seorang YouTuber dalam laman YouTube pada 22 Julai lalu yang telah memuat naik Live IG lima sekawan tersebut.

Terdahulu, semasa prosiding berlangsung Siti Nordiana yang berada di kandang saksi mengingatkan kepada peguam itu supaya bertanya kepadanya secara baik.

“Minta tolong cakap (bertanya) elok-elok puan,” katanya. Peguam itu kemudian menjawab “Saya bukan marah, memang suara saya begini, (lantang)” kata peguam Nurul Hafidzah.

Hari ini merupakan kali kedua bicara kes saman fitnah itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Sivil Zulqarnain Hassan.

Mahkamah kemudian menetapkan 3 Januari 2022 untuk sambung bicara.

Dalam prosiding hari ini, peguam Nurul Hafidzah, dan Zeti Zulkifli mewakili dua defendan iaitu Sam Musyadzafar Samin dan Razidah Ahmad manakala peguam Azlan Abdul Razak, dan Abu Hurairah mewakili Lan Solo atau nama sebenarnya Mohd. Razlan Mohamed Yusof, isterinya Nur Sheila Hassim dan Zuraidah Badron atau Syura.

Peguam Abang Azlan Abang Ariffin dan Ahmad Syaifulbakri Mohamed dan pula mewakili Siti Nordiana.

Pada 3 Ogos lalu Kosmo! melaporkan pertelingkahan penyanyi Siti Nordiana bersama lima sekawan termasuk Lan Solo dan Syura Badron kini memasuki episod baharu apabila selebrti tersebut menfailkan saman berjumlah RM2.5 juta.

Siti Nordiana, 37, atau Nana memfailkan saman itu menerusi menerusi Tetuan Abang Azlan & Associates pada 30 Julai lalu di Mahkamah Sesyen Sivil di sini, dengan menamakan Lan Solo, 36, isterinya Nur Sheila dan Syura, 35, masing-masing sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Dua lagi defendan iaitu keempat dan kelima ialah Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman FMC Music, Sam Musyadzafar, 43, dan jurusolek artis bebas, Razidah Ahmad, 42.

Dalam saman tersebut, Siti Nordiana telah menuntut penerbitan permohonan maaf menerusi siaran akhbar, Instagram dan Facebook live serta RM500,000 daripada setiap defendan.

Writ saman yang dihantar secara emel itu, beberapa perkara telah dinyatakan iaitu permohonan maaf secara terbuka dalam media sosial dan terbitan akhbar serta tuntutan amaun ganti rugi RM500,000 daripada setiap defendan yang secara keseluruhannya berjumlah RM2.5 juta.

Selain itu, terdapat juga tiga lagi tuntutan iaitu ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan ganti rugi khas yang akan dinilai serta ditentukan oleh pihak mahkamah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI