fbpx

Dua dituduh larikan, bunuh dan menyamar polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh tiba untuk didakwa atas pertuduhan membunuh di Mahkamah Majistret Port Dickson di Port Dickson hari ini.

PORT DICKSON – Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh, melarikan juruteknik dengan menyamar sebagai polis di Bandar Springhill, Lukut di sini pada bulan lalu.

Tertuduh, A Devadas, 41, yang merupakan pengawal keselamatan dan P. Xavier, 43, pemandu lori mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret V. Vanita.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh bagi dua daripada tiga pertuduhan yang juga dibacakan.

Mengikut pertuduhan pertama, mereka berdua bersama-sama dua yang telah dituduh dan seorang yang masih bebas didakwa membunuh dan melarikan mangsa, A.Vasuden, 39, di Jalan Springhill 3/3, Bandar Springhill, Lukut pada pukul 5.40 hingga 9.45 pagi, 13 November lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati.

Dua tertuduh itu turut didakwa di bawah Seksyen 364 Kanun Keseksaan kerana melarikan mangsa dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyamar sebagai polis di lokasi sama.

Berdasarkan fakta kes, suspek yang menyamar sebagai anggota polis pergi ke rumah mangsa dan memaklumkan kedatangannya adalah untuk siasatan kes samun seterusnya meminta isteri mangsa mengeluarkan barang kemas hasil samun yang dilakukan suaminya yang juga si mati. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI