fbpx

SOP baharu masuk asrama untuk elak kes buli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

IPOH – Prosedur operasi standard (SOP) yang baharu bagi kemasukan pelajar baru ke sekolah berasrama mungkin diperkenalkan di Perak untuk mengelakkan kejadian buli di sekolah tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Saidi Mohamad Daud berkata, perkara itu sedang diperhalusi oleh pihaknya dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak.

“Ketika ini, pejabat saya mewakili kerajaan negeri telah terlibat dalam sesi libat urus bagi melihat SOP (baharu) bagi pelajar asrama (di negeri ini).

“Kita cuba pastikan sebelum masuk ke asrama, mungkin ada sesi pengenalan seperti bagaimana mengelakkan buli dan membuat laporan jika dibuli sebagaimana cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri Trong, Jamilah Zakaria.

“Ia bagi memastikan tidak lagi berlaku kes buli seperti sebelum ini,” katanya ketika menggulung portfolionya pada Sidang Dewan Undangan Negeri Perak di sini hari ini.

Sementara itu, Ahmad Saidi menjelaskan, pihaknya juga sedang melakukan sesi libat urus dengan JPN Perak bagi menyampaikan hasrat wakil rakyat yang tidak berpuas hati dengan larangan kehadiran mereka ke sekolah.

“Kalau diikutkan ayat-ayatnya (dalam surat pekeliling) adalah (melarang) mereka yang berkepentingan (politik), jadi saya akan sampaikan hasrat Yang Berhormat semua kepada pihak Kementerian Pendidikan untuk diperhalusi (semula) dan diambil tindakan,” jelasnya.

Ujar beliau, pejabatnya serta pejabat Menteri Besar Perak tidak pernah mengeluarkan arahan melarang pemimpin parti pembangkang masuk ke kawasan sekolah.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI