fbpx

Guna ketam angkat baju terjatuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar yang memaparkan seorang lelaki menggunakan seekor ketam untuk mengangkat baju yang terjatuh diluar balkoni rumahnya.

PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki berfikir di luar kotak dengan menggunakan seekor ketam untuk mengangkat baju yang terjatuh di luar balkoni mengundang pelbagai reaksi orang ramai.

Berlatarbelakangkan muzik James Bond menjadikan video berdurasi 44 saat yang dimuat naik @reanalee05 di media sosial tersebut lebih menghiburkan.

@reanalee05 turut berseloroh tidak menjadikan ketam tersebut sebagai lauk masak lemak cili api atas jasa dan baktinya menyelesaikan misi berkenaan.

Keselamatan ketam tersebut juga terjamin dan tidak mengalami sebarang kecederaan selain berjaya menyelesaikan misi mengangkat baju yang terjatuh tersebut dengan jayanya.

“Tak pening ke ketam tu turun berpusing-pusing? tapi dia berjaya ambil baju tersebut dengan mudah. Boleh dah ‘apply’ jadi James Bond,” kata @Hafizi.

“Pandai betul ketam tu ambil baju, apa amalan dia? elok dijadikan haiwan peliharaan macam ni, lagi mudah dari bela kucing,” seloroh @ToK_Mo.

“Apabila manusia berfikir diluar kotak, semua benda boleh selesaikan, tahniah kerana saya sendiri tidak pernah berfikir untuk berbuat demikian. Lepas ini, beli ketam je ambil baju terjatuh,” @HasimHazim

Video berkenaan telah menerima lebih 3,000 tanda suka dan mendapat lebih 300 komen orang ramai. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI