fbpx

Naikkan elaun bomba, jangan tunggu kematian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tugas anggota bomba tidak hanya memadamkan kebakaran. - Gambar hiasan

Kelmarin warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berduka apabila seorang pegawai jabatan itu meninggal dunia akibat kecederaan semasa menyertai operasi memadam kebakaran sebuah kilang di Segamat, Johor.

Arwah Mohd. Firdaus Sulaiman, 32, dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Segamat meninggal dunia selepas tiga hari bertarung nyawa di Hospital Segamat.

Mengikut laporan akhbar, anggota Gred 19 itu cedera selepas tercampak dari tingkat tiga ke tingkat bawah pada ketinggian kira-kira 10 meter semasa terlibat dalam operasi memadam api di kilang memproses habuk kayu pada pukul 5.15 pagi, Sabtu lalu.

Rakan setugas arwah, Syed Putra Syed Al-atas yang berusia 52 tahun turut mengalami kecederaan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Kes kematian melibatkan anggota dan pegawai bomba semasa operasi bukan kali pertama berlaku. Pada 21 Oktober lalu, pegawai bomba Allahyarham Mohd. Diya Che Jusoh, 46, lemas ketika menyelamatkan mangsa yang terperangkap dalam kejadian banjir di Melaka.

Arwah Muhammad Adib Mohd. Kassim juga merupakan sebahagian anggota JBPM yang ‘pergi’ semasa bertugas kira-kira tiga tahun lalu.

Pekerjaan mereka yang berada dalam kategori barisan hadapan ini memerlukan pengorbanan yang besar. Mereka melakukan kerja-kerja hakiki berbahaya seperti memadam api, mencari dan menyelamat mangsa di air, bawah runtuhan dan kawasan bencana alam.

Jika berlaku kemalangan, anggota bomba biasanya yang tiba paling awal di lokasi untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum kes diserahkan kepada polis.

Sebut apa sahaja tugasan, daripada menyelamatkan nyawa sehingga aduan remeh pasukan itu melayan sama rata dan menyelesainya dengan sebaik mungkin, walaupun adakalanya kita menggeleng kepala kerana ada yang boleh diselesai sendiri.

Namun mereka tak pernah mengeluh. Itu belum lagi cabaran menguruskan operasi di lokasi. Bukan semua memberi kerjasama. Hendak buang sarang tebuan pun anggota bomba kena marah. Itulah asam garam semasa bekerja.

Jadi adalah wajar apabila Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia mencadangkan Elaun Bayaran Insentif Bomba (Elaun BIB) sebanyak RM110 sebulan yang diterima kira-kira 14,000 anggota JBPM ketika ini dikaji semula.

Elaun RM1.10 sejam untuk waktu operasi syif 12 jam dan 80 sen setiap jam jika bertugas untuk syif 24 jam adalah terlalu kecil, jika hendak dibandingkan dengan bebanan dan risiko tugas lebih-lebih lagi bagi mereka yang berada dalam unit operasi dan menyelamat.

Saranan sama pernah dilontarkan Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye kira-kira dua bulan lalu. Beliau juga mencadangkan keperluan menaikkan Elaun Perkhidmatan Bomba (BIPB) daripada RM200 kepada RM250.

Penulis cuma berharap agar perkara ini tidak hanya berbangkit setiap kali berlakunya kes yang meragut nyawa anggota bomba, sebaliknya usaha berterusan perlu dilakukan oleh pihak-pihak berkaitan agar nasib mereka yang masih berkhidmat akan lebih terbela.

Sementara dalam satu hantaran lain, bekas pembantu peribadi kepada jutawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida itu mempersoalkan netizen sama ada segala caci-maki yang dilontarkan terhadapnya selama ini adalah sahih.

“Saya masih waras. Untuk netizen, buktikan kepada saya apa yang kalian persendakan itu benar-benar sahih keluar dari mulut atau kenyataan saya?” soalnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI