fbpx

Lima pemain dalam radar Harimau Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HONG WAN yang merupakan bekas pemain Wolves telah menerima pasport Malaysia dan akan memperkuatkan skuad JDT pada musim 2022. – JST

Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) sudah membuat perancangan rapi bagi menghadapi saingan Liga Malaysia dan Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim depan.

Pengarah Sukan JDT, Martin Prest dalam satu kenyataan berkata, kelab sedang dalam rundingan untuk menanda­tangani seorang pemain tempatan dan empat pemain luar negara bagi musim depan.

Katanya, salah seorang pemain import yang akan dibawa masuk itu akan bergandingan dengan penyerang sensasi JDT, Bergson Da Silva bagi mempertajamkan jentera serangan skuad Harimau Selatan.

Jelasnya, satu pengumuman akan dibuat dalam masa terdekat selepas mengumumkan Gonzalo Cabrera tidak lagi ber­sama skuad Harimau Selatan pada musim depan.

“(Nathaniel Shio) Hong Wan, bekas pemain Wolverhampton Wanderers telah menerima pasport Malaysia beliau dan akan memperkuatkan skuad JDT pada musim 2022.

“Kelab telah memutuskan untuk melepaskan Gonzalo Cabrera dan akan mengekalkan kesemua pemain luar negara yang lain dalam pasukan senior.

“Seorang daripada empat pemain luar negara baru akan digandingkan dengan Bergson, manakala yang lain akan diserap­kan ke JDT II untuk digunakan dalam sistem ‘rotation’,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook Johor Southern Tigers kelmarin.

Kenyataan itu bagaimanapun memberi gambaran bahawa Fernando Rodriguez yang muncul antara penjaring terbanyak Liga Premier, Nicolas Fernandez dan Kei Hirose kemungkinan dalam perancangan JDT II pada musim depan.

Prest memberitahu, JDT turut akan meminjamkan Irfan Fazail dan Stuart Wilkins ke Sabah, manakala Fadhli Shas dan Syaz­wan Andik ke Melaka United.

Katanya, kelab Harimau Selatan juga sedang berbincang de­ngan beberapa kelab untuk me­minjamkan Syafiq Ahmad.

“JDT akan merekrut Endrick dos Santos untuk musim 2023, dengan kemungkinan untuk dinaturalisasi.

“Kelab telah membuat keputusan untuk hanya menaturali­sasikan pemain yang masih muda dan boleh memberi sumbangan untuk jangka masa panjang,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI