fbpx

23 buah sekolah di Sarawak selesai penyambungan grid elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Radzi

KUALA LUMPUR – Sebanyak 23 buah sekolah daripada 124 buah sekolah di negeri Sarawak telah menerima penyambungan grid elektrik setakat ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bekerjasama dengan kerajaan negeri Sarawak bagi penyambungan grid elektrik dengan peruntukan RM50 juta dan RM9 juta membekalkan air terawat di bawah Projek Transformasi Luar Bandar kerajaan Sarawak menjelang 2020 di 124 buah sekolah secara berperingkat.

“23 buah sekolah telah selesai penyambungan grid elektrik dan 101 buah sekolah lagi masih lagi dalam proses penyambungan,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Lukanisman Awang Sauni (GPS-Sibuti) yang mahu mengetahui mengenai perkembangan penyambungan grid elektrik sekolah di negeri Sarawak dan adakah kos utiliti bil bulanan elektrik dan air ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan dengan penyambungan grid elektrik dan air ini.

Dr. Radzi berkata, kerajaan Persekutuan juga akan menanggung semua kos utiliti melibatkan bil elektrik dan air sekolah di seluruh negeri Sarawak.

“Seperti mana sekolah-sekolah lain di seluruh negara bayaran utiliti merupakan sebahagian daripada bayaran yang akan dilaksanakan oleh pihak kementerian,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI