fbpx

Suami isteri terperangkap dalam bilik ketika ingin buang air kecil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kanak-kanak dan pasangan suami isteri yang terperangkap akibat pintu kereta dan rumah di sekitar Kuala Selangor.

KUALA SELANGOR – Tiga termasuk pasangan suami isteri terperangkap dalam dua situasi berlainan gara-gara pintu kereta dan rumah dalam dua kejadian selang hampir 12 jam di sekitar daerah ini

Kesemua mangsa terlibat berusia tiga tahun dan 30an dalam kejadian di Taman Bendahara dan Taman Bayu Melawati, di sini.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, kejadian pertama melibatkan seorang kanak-kanak lelaki yang terperangkap dalam kereta jenis Perodua Axia di selepas dipercayai kedua-dua ibu bapa keluar untuk urusan keluarga.

Katanya, panggilan diterima pukul 4.39 petang semalam sebelum sepasukan bomba dikejarkan ke lokasi kejadian untuk tindakan selanjutnya dengan kanak-kanak tersebut selamat dan diserahkan kepada pihak keluarganya.

“Kejadian kedua pula diterima pukul 3.05 pagi tadi apabila pasangan suami isteri terperangkap 15 minit selepas terperangkap dalam bilik rumah mereka.

“Pintu rumah itu terkunci apabila disedari salah seorang pasangan tersebut yang ingin membuang air kecil di tandas sebelum bantuan diberikan selepas mendapat panggilan daripada bapa kepada pasangan suami itu,” katanya di sini hari ini.

Jelas beliau, bagi kedua-dua insiden itu melibatkan 14 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI