fbpx

Status masih jingga, bicara Rosmah ditetapkan 23, 24 Disember

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosmah.

KUALA LUMPUR – Perbicaraan kes rasuah Datin Seri Rosmah Mansor di Mahkamah Tinggi di sini yang ditangguhkan lagi berikutan status MySejahteranya masih berwarna jingga yang menunjukkan beliau mempunyai kontak dengan Covid-19.

Ini merupakan kali ketiga perbicaraan itu ditangguhkan apabila status MySejahtera Rosmah sehingga hari ini masih belum bertukar kepada biru.

Dalam prosiding hari ini, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram seperti sebelum ini mencadangkan kembali perbicaraan dijalankan secara hibrid, yang mana Rosmah boleh memberi keterangan secara dalam talian sama ada di pejabat peguam mahupun di rumah dengan kehadiran pihak pembelaan dan pendakwaan.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan kemudian meminta pandangan pihak pembelaan terhandal cadangan pihak pendakwaan itu.

Peguam Datuk Jagjit Singh yang mewakili Rosmah kemudian berkata, pihaknya lebih suka perbicaraan dijalankan di mahkamah secara terbuka selain turut mengesahkan status anak guamnya itu masih belum bertukar kepada biru.

Hakim Mohamed Zaini kemudian memaklumkan mahkamah perlu membuat peruntukan dan perbicaraan perlu dihabiskan selain akan menimbangkan perkara ini (perbicaraan hidrid) dan melihat kepada peruntukan undang-undang berkaitan.

“Sekiranya ia boleh dilakukan, mahkamah akan memaklumkan kedua-dua pihak lebih awal. Ia hanya akan dilakukan sekiranya status MySejahtera Rosmah kekal selain warna biru.

“Namun jika ia berubah kepada biru, maka, semuanya akan kembali kepada asal,” katanya.

Berikutan itu, mahkamah kemudian menetapkan 23 dan 24 Disember ini bagi sambung bicara kes rasuah itu.

Terdahulu Rosmah hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur namun hanya berada di dalam kereta. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI