fbpx

Pelajar perempuan cantik angkat simen 50 kilogram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur Aini dilihat mengangkat simen seberat 50 kilogram dari sebuah trak dan diletakkan di dalam sebuah gudang. - TikTok

JAKARTA – Video seorang pelajar universiti yang cantik dan bekerja sebagai buruh dengan mengangkat simen dari dalam trak ke dalam sebuah gudang menjadi tular di media sosial Indonesia baru-baru ini, lapor laman berita Suara.com semalam.

Menurut akaun Instagram @sirapinfo.id, gadis tersebut merupakan seorang pelajar di Universiti Makassar.

Dalam video TikTok tersebut, gadis bernama Nur Aini itu dapat dilihat memikul simen seberat 50 kilogram untuk dipindahkan daripada sebuah trak ke dalam gudang.

“Saya hanyalah seorang buruh simen, namun kalau diajak jalan-jalan saya tidak segan,” demikian keterangan yang ditulis bersama video tersebut.

Netizen yang menonton video itu kemudiannya meninggalkan pelbagai komen kepada Nur Aini.

“Sebagai lelaki, saya berasa malu,” tulis seorang netizen.

“Wanita hebat,” komen seorang netizen lain.

Video tersebut sehingga kini ditonton lebih 8.6 juta kali dengan lebih 673,000 tanda suka. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI