fbpx

Insiden letupan: staf kilang turut meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azizul Mahrani menunjukkan gambar kenangan arwah abangnya, Mohamad Azuraini bersama isteri dan anak-anak.

SEGAMAT – Anggota pasukan tindakan kecemasan (ERT) kilang, Mohamad Azuraini Mahrani, 40, yang cedera semasa membantu memadam kebakaran di sebuah kilang habuk papan di sini pada Sabtu lalu, meninggal dunia hari ini.

Adik mangsa, Azizul Mahrani, 36, berkata, arwah abangnya meninggal dunia pada pukul 9.24 pagi ini akibat melecur teruk.

Arwah Mohamad Azuraini bekerja di kilang berkenaaan sebagai penolong pengurus sejak puluhan tahun lalu.

Lelaki itu meninggalkan seorang balu, Normala Sudirman, 40, dan tiga anak iaitu dua perempuan dan seorang lelaki berusia lapan hingga 12 tahun.

Berita berkaitan: Anggota bomba telibat insiden letupan meninggal dunia

“Pemergian arwah abang merupakan satu kehilangan besar buat keluarga kami. Dia anak yang baik dan bertanggungjawab.

“Kami bercadang untuk bercuti di Selangor dalam masa terdekat, namun takdir menentukan segalanya,” katanya ketika ditemui di Hospital Daerah Segamat di sini hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI