fbpx

Malaysia tarik diri kejohanan ACT di Dhaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD hoki negara terpaksa menarik diri aksi ACT 2021 di Dhaka ekoran penularan Covid-19 dengan varian baharu Omicron. – MHC

KONFEDERASI Hoki Malaysia (MHC) mengesahkan skuad hoki kebangsaan tidak akan beraksi pada Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia (ACT) 2021 yang dijadualkan berlangsung di Dhaka, Bangladesh bermula 14 Disember ini.

Keputusan itu terpaksa dibuat selepas mendapat nasihat Majlis Sukan Negara (MSN) serta kementerian-kementerian bertanggungjawab berhubung Covid-19.

Menurut MHC, skuad kendalian Arul Selvaraj itu perlu menjalani kuarantin ken­diri bermula 8 hingga 14 Disember sebelum berlepas ke Bangladesh, sekali gus memberi kesan terhadap tarikh kejohanan.

“Konfederasi Hoki Malaysia ingin memaklumkan skuad se­nior hoki lelaki kebangsaan di bawah bimbingan Arul Selvaraj tidak akan menyertai Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia 2021 di Dhaka, Bangladesh.

“Keputusan ini dibuat selepas mengikut arahan serta panda­ngan daripada pihak MSN dan kementerian-kementerian bertanggungjawab,” kata persatuan itu menerusi satu kenyataan.

Dalam pada itu, kes positif yang berlaku kepada salah seorang pemain skuad senior juga menjadi salah satu faktor me­ngapa MHC bertindak demikian.

“MHC juga cakna dengan beberapa ketetapan baharu kerajaan Malaysia berhubung perjalanan keluar masuk negara dalam usaha membendung penularan Covid-19 termasuk varian baharu Omicron,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI