fbpx

Jibril Ibtisam, unik nama anak keempat Wawa Zainal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wawa dan Aeril mendedahkan wajah putera bongsunya yang diberi nama Jibril Ibtisam.

PETALING JAYA – Selepas 11 hari berpantang, pelakon Wawa Zainal dan suaminya, Ariel Zafrel mendedahkan wajah putera keempat mereka buat tatapan semua.

Perkongsian tersebut dibuat Wawa dalam akaun Instagramnya dengan memuat naik beberapa keping foto comel bayinya itu.

“Selamat lahir ke dunia Jibril Ibtisam,” tulis Wawa pada ruangan kapsyen.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan artis memuji kecomelan putera bongsu mereka itu.

“Comelnya kamu Ibtisam. Semoga menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada kedua ibu bapa ya.

“Jibril yang tersenyum maknanya. Semoga menjadi anak yang taat pada orang tua dan keluarga.

“Susahnya nama sebut nama ni. Panggil Leman sajalah senang. Apapun moga membesar dengan sihat dan banggakan keluarga kamu ya sayang,” tulis netizen.

Terdahulu, Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, 30 selamat melahirkan anak keempat seminggu lebih awal iaitu pasa 30 November lalu.

Kelmarin, usahawan itu juga membuat ramai terpegun apabila kembali bekerja meskipun masih dalam tempoh berpantang dengan sengaja dilihat menggayakan baju labuh selain berkasut tumit tinggi dan memandu sendiri kepejabatnya.

Sekadar info, Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2013.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar, 7, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 5, dan Ayya Soffya yang kini berusia setahun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI