fbpx

PUBG Piala Menteri Besar Johor dianjur tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Onn Hafiz (tiga kanan) menyampaikan hadiah tempat pertama berupa wang tunai RM3,500 kepada pasukan D' Academy dalam pertandingan PUBG, hari ini. /FOTO RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Dalam usaha merancakkan aktiviti e-sukan di negeri ini, Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) merancang untuk mengadakan pertandingan PUBG Piala Menteri Besar Johor pada awal tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, cadangan pertandingan itu bagi menarik lebih ramai anak muda melibatkan diri dalam industri e-sukan.

Beliau berkata, ini susulan kejayaan penganjuran Sukan Makmur Xtif Johor 2021 yang melabuhkan tirainya hari ini dengan mendapat sebanyak lebih 45,000 penyertaan.

“Sukan Makmur Xtif Johor ini diadakan sejak September lalu melibatkan 26 kawasan Parlimen menarik penglibatan lebih 45,000 peserta bagi merebut hadiah keseluruhan berjumlah RM124,000.

“Susulan kejayaan penganjuran, MSNJ yang menyokong pembangunan e-sukan untuk mengadakan pertandingan Piala Menteri Besar Johor pada tahun depan,” katanya kepada pemberita sebelum menyempurnakan penutupan Grand Final PUBG Sukan Makmur Xtif Johor di sini hari ini.

Sukan Makmur Xtif Johor dilaksanakan secara dalam talian sejak 17 September lalu mempertandingkan dua kategori iaitu Mobile Legends: Bang Bang dan PUBG yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM124,000. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI