fbpx

Warga emas 96 tahun maut motosikal dirempuh kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki warga emas maut selepas terlibat kemalangan di km 2.5 Jalan Kangar-Padang Besar hari ini.

KANGAR – Seorang lelaki warga emas berusia 96 tahun maut apabila motosikal ditunggangi dirempuh sebuah kereta jenis Proton Wira di Kilometer 2.5 Jalan Kangar-Padang Besar, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.10 pagi itu, mangsa, Abdullah Saad meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew memberitahu, kejadian berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda C70 dalam perjalanan menghala ke Kangar.

Katanya, sebuah kereta dipandu lelaki berusia 35 tahun dari arah sama kemudian merempuh belakang motosikal mangsa.

“Hasil siasatan awal terhadap pemandu kereta mendakwa dia tidak nampak motosikal ditunggangi mangsa.

“Pemandu itu hanya menyedari terlibat kemalangan selepas berhenti dan keluar dari kereta sebelum melihat mangsa terbaring di jalan raya,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI