fbpx

Sejarah hitam The Catalans berulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEBERAPA pemain Barcelona tidak dapat menerima kenyataan susulan tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara musim ini. – EUROSPORT

MUNICH – Barcelona terpaksa menerima hakikat perit apabila gagal ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam tempoh 21 tahun.

Kali terakhir The Catalans gagal melakukannya selepas sekadar menamatkan saingan di tempat ketiga kumpulan di belakang AC Milan dan Leeds United sewaktu edisi 2000/2001.

Kegagalan kali ini disebabkan kekalahan 0-3 di tangan Bayern Munich pada aksi terakhir Kumpulan E di Allianz Arena awal pagi semalam sekali gus terpaksa akur jatuh ke Liga Europa yang merupakan kejohanan peringkat kedua Eropah.

Pengurus Barcelona, Xavi Hernandez berang dengan prestasi anak-anak buahnya apabila tewas kepada Bayern menerusi ­jaringan Thomas Muller, Leroy Sane dan Jamal Musiala

“Kami cuba mengawal permainan tetapi sebaliknya berlaku apabila Bayern yang berjaya menguasai perlawanan. Kami perlu beraksi lebih baik tetapi pemain gagal melakukannya.

“Kami perlu berdepan realiti tersingkir daripada kancah Liga Juara-Juara. Saya cukup marah kerana kegagalan ini amat menjengkelkan. Tiada apa lagi yang boleh saya minta kecuali mengharapkan pemain dapat mengharungi situasi ini.

“Kami adalah Barcelona dan era baharu perlu bermula. Objektif kami ialah Liga Juara-Juara, bukannya Liga Europa. Ini perlu menjadi titik perubahan untuk mengubah dinamik pasukan supaya dapat tampil dengan lebih baik,” katanya.

Sebagai rekod, Barcelona pernah gagal layak ke kancah Liga Juara-Juara edisi 2003/2004 selepas menduduki tempat keenam La Liga. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI