fbpx

Pakar dakwa vaksin BioNTech perlu disuntik pada paha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

HONG KONG – Pakar-pakar kesihatan Hong Kong memaklumkan bahawa vaksin Covid-19 BioNTech perlu disuntik pada paha dan bukannya lengan penerima bagi mengurangkan risiko radang jantung, lapor akhbar South China Morning Post (SCMP) kelmarin. 

Perkara itu diumumkan berikutan kenyataan Jabatan Kesihatan mengenai kematian seorang wanita berusia 66 tahun yang mengalami miokarditis iaitu radang otot jantung selepas 16 hari menerima dos vaksin BioNTech.

“Kaitan antara kematian mangsa dan vaksin yang diterima tidak dapat dipastikan,’’ kata pihak berkuasa kesihatan menerusi satu sidang akhbar.

Menurutnya, butiran lanjut kes itu akan didedahkan setelah Jawatankuasa Pakar Penilaian Peristiwa Klinikal menyemak pengawasan  berkaitan keselamatan vaksinasi koronavirus.

Jawatankuasa itu telah mengenal pasti 49 kematian yang direkodkan dalam tempoh 14 hari selepas suntikan vaksin diberikan. Namun, tiada satu pun disebabkan oleh vaksinasi.

Menurut jawatankuasa sama, pihaknya tidak boleh memutuskan kematian warga emas itu disebabkan oleh vaksin BioNTech. Ia mungkin berpunca daripada provirus iaitu jangkitan virus lain yang menyebabkan masalah serupa pada jantung.

Namun, kata pakar-pakar berkaitan, untuk mengelakkan risiko miokarditis, vaksin BioNTech hendaklah disuntik pada paha dan bukan lengan.

“Ia lebih jauh dari jantung dan perlu melalui kelenjar limfa,’’ katanya.

Penasihat pandemik, Profesor Yuen Kwok-yung turut berkata: ‘’Suntikan paha untuk remaja yang menerima vaksin BioNTech harus dijadikan dasar.’’

Katanya, kumpulan umur itu mempunyai kemungkinan untuk mengalami miokarditis berikutan vaksinasi BioNTech.

Setakat ini, Hong Kong merekodkan 83 kes miokarditis berkaitan suntikan vaksin Covid-9 termasuk 34 remaja berusia 12 hingga 15 tahun. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI