fbpx
MV Hondius berada dekat Pelabuhan Praia iaitu ibu negara Cape Verde pada 6 Mei lalu. – AFP

Kapal ‘wabak’ tiba tengah hari ini, penumpang, kru diasingkan 42 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MADRID – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam berkata bahawa semua orang di atas kapal persiaran yang terjejas oleh wabak hantavirus harus dianggap sebagai kontak ‘berisiko tinggi’  dan dipantau secara aktif selama 42 hari, lapor akhbar China Daily.

“Kami mengklasifikasikan semua orang di atas kapal MV Hondius sebagai kontak berisiko tinggi,” kata Pengarah Kesiapsiagaan dan Pencegahan Epidemik serta Pandemik WHO, Maria Van Kerkhove dalam taklimat akhbar.

Menurutnya, buat masa ini ‘tiada sesiapa di atas kapal menunjukkan  sebarang gejala’  tetapi mengesyorkan ‘pemantauan aktif dan susulan terhadap semua penumpang dan kru yang turun untuk tempoh 42 hari.

Namun,  beliau memberitahu, risiko kepada penduduk di Kepulauan Canary, di mana MV Hondius dijangka berlabuh hari ini kekal ‘rendah.’

Menurut kemas kini Berita Wabak Penyakit WHO  semalam, penyakit pernafasan yang teruk pertama kali dilaporkan di atas kapal persiaran itu pada 2 Mei lalu

Pada masa itu, MV Hondius membawa seramai 147 penumpang dan anak kapal, manakala 34 yang lain telah pun turun.

Semua pusat hubungan WHO di negara-negara yang terlibat telah dimaklumkan dan sedang menyokong pengesanan kontak antarabangsa.

Setakat 8 Mei lalu, lapan kes bergejala dilaporkan termasuk tiga kematian. 

Enam kes disahkan  sebagai jangkitan hantavirus virus Andes (ANDV).

Gejala awal jangkitan hantavirus termasuk sakit kepala, pening, seram sejuk, demam, myalgia, dan masalah gastrousus, seperti loya, muntah, cirit-birit, dan sakit perut, demikian menurut WHO.

Memandangkan penularan pragejala dalam wabak ADNV yang lalu tidak boleh diketepikan sepenuhnya, WHO juga mengesyorkan pemantauan diri, penilaian perubatan dan pemakaian pelitup muka bagi kontak berisiko rendah.

Juga semalam, Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus cuba menenangkan penduduk Pulau Tenerife, Sepanyol bahawa risiko kesihatan awam kekal rendah ketika kapal persiaran MV Hondius menghampiri Kepulauan Canary.

Kapal membawa 147 orang itu dijangka tiba antara pukul 4 pagi hingga  6 pagi waktu tempatan bersamaan pukul 11 pagi hingga 1 tengah hari (waktu Malaysia) hari ini. 

Tiga penumpang telah pun meninggal dunia dan lima yang lain disahkan dijangkiti sejak wabak itu muncul selepas MV Hondius belayar dari Cape Verde.

Pihak berkuasa Sepanyol berkata, semua  penumpang akan turun di pelabuhan perindustrian Granadilla sebelum dipindahkan dengan kenderaan tertutup ke lapangan terbang untuk penghantaran pulang dan kuarantin di negara asal mereka.

Seramai 14 penumpang warga Sepanyol di atas kapal akan dipindahkan ke kemudahan tentera berhampiran Madrid sebelum dikuarantin di Hospital Gomez Ulla. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN