fbpx

Pak Yen maut dipukul guna cangkul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PAK YEN maut akibat dipukul suspek yang dikenalinya menggunakan batang cangkul. – GAMBAR HIASAN

KANGAR – Hanya kerana permintaan untuk mendapatkan rokok dan wang tidak dipenuhi, seorang penganggur tergamak memukul seorang warga emas dengan batang cangkul sehingga mati di rumah mangsa di Jalan Abi Tok Hashim dekat sini malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, mangsa, Yeen Baai, 72, ditemui dalam keadaan terbaring di hadapan pintu bilik tidur dengan kesan darah pada kepalanya.

Saksi yang juga adik kepada mangsa turut melihat serpihan sebatang cangkul yang telah patah di sisi badan abangnya yang tinggal berseorangan sejak setahun lalu selepas kematian isteri.

Tiga anak mangsa dikatakan menetap di Kedah.

Terdahulu, adiknya telah didatangi seorang lelaki berusia 34 tahun yang dikenalinya dalam keadaan mabuk dan meminta­nya untuk pergi melihat warga emas tersebut yang dikenali sebagai Pak Yen kerana kepalanya berdarah.

Mereka berdua kemudian te­lah pergi ke rumah warga emas tersebut, namun suspek terus beredar dari rumah itu setelah menunjukkan keadaan Pak Yen.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew berkata, punca kejadian dipercayai disebabkan suspek meminta duit dan rokok daripada mangsa.

Katanya, berdasarkan maklumat daripada anak kandung mangsa, suspek dikatakan kerap datang ke rumah bapanya kerana ingin meminta rokok dan warga emas itu akan melayannya dengan membenarkan lelaki terbabit masuk dan menghisap rokok bersama.

“Siasatan lanjut di tempat kejadian telah menjumpai satu dompet berwarna kelabu dipercayai milik mangsa di dalam laci bilik tidur dan pemeriksaan mendapati, dompet tersebut tidak mempunyai wang atau dokumen.

“Menurut anak mangsa, tele­fon bapanya juga telah tiada. Hasil soal siasat awal, suspek mengaku terlibat dalam keja­dian tersebut,” katanya di sini semalam.

Wari berkata, suspek juga didapati mempunyai dua rekod lampau dan pernah dihukum di bawah Seksyen 324 Kanun Ke­seksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Menurutnya, tangkapan telah dibuat terhadap suspek dan lelaki itu kini direman selama enam hari bermula semalam.

Kes disiasat mengikut Sek­syen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI