fbpx
Mumia ini ditemui oleh sekumpulan ahli arkeologi di sebuah makam purba bawah tanah pada November lepas. – CNN

Mumia diikat dalam keadaan mengerekot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIMA, PERU – Satu mumia berusia antara 800 tahun hingga 1,200 tahun yang ditemui di Peru sebelum ini kini dipamerkan di sebuah universiti di Lima, lapor akhbar Metro UK semalam.

Mumia tersebut ditemui oleh sekumpulan ahli arkeologi di sebuah makam purba bawah tanah pada November lepas.

Ia ditemui berada dalam kedudukan mengerekot, di mana tangan dan kakinya diikat menggunakan tali serta kedua-dua tangannya turut menutupi wajahnya.

Turut ditemui ketika itu adalah barang-barang seramik, sisa sayur-sayuran dan objek-objek batu.

Pihak Universiti Utama Kebangsaan San Marcos kini menempatkan mumia tersebut bersama-sama dengan sekurang-kurangnya dua mayat bayi serta objek-objek yang ditemui di dalam makam purba itu.

Dalam masa sama, pasukan penyelidik sedang menganalisis kesemua penemuan itu.

“Hari ini (semalam), di Universiti Utama Kebangsaan San Marcos, kami mempamerkan penemuan  objek arkeologi dari kajian yang dijalankan di Cajamarquilla.

“Objek arkeologi paling utama adalah mumia yang diikat tersebut, yang mana berita mengenainya telah tersebar ke seluruh dunia dan ia masih dianalisis,” kata ketua ahli arkeologi bagi projek tersebut, Pieter Van Dalen Luna.

Peru yang menempatkan lokasi bersejarah Machu Picchu, mempunyai beratus-ratus tapak arkeologi yang wujud sebelum dan selepas Empayar Inca. Tamadun tersebut mendominasi bahagian selatan Amerika Selatan kira-kira 500 tahun lalu. – AGENSI 

 

POPULAR